Wednesday, 12 November 2014

Jom Jana Pendapatan Pasif, Saya Akan Kongsikan Kepada Anda

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum,

Tahniah kerana anda berjaya jumpa saya disini. Di blog ini, saya kongsikan salah satu bisnes dan sistem untuk anda yang mahu menjana pendapatan pasif. Anda bekerja kerajaan? Makan Gaji? Tiada masalah. Mahu tahu caranya, Mulakan dengan entri Jom Buat Pendapatan Pasif ! 

Pastikan anda baca setiap entri mengikut urutannya bermula dengan entri di atas.

Selamat Menilai!  Anda Kaya Dan Berjaya!

JOM! Tinggalkan Mereka Yang Tidak Mahu.

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum.

Ya, ini entri terakhir saya mungkin buat kali ini. Ini saya sertakan beberapa testimoni yang dapat anda lihat tentang kejayaan-kejayaan mereka.

*Percaya atau tidak, itu bukan masalah saya. Itu masalah anda. Anda yang akan menilai. Saya sudah menilainya dan hasilnya saya sudah berada bersama GDE Network.


























Tahniah kepada mereka!


Dan ini pula adalah Top Sponsor! GDE Network, setakat hari ini. Anda mungkin mampu melakukan lebih dari mereka.



Jadi untuk mendaftar, anda perlu mendaftar di SINI. Pastikan referral anda Preview. Supaya anda dapat bersama saya. Dan saya boleh guide anda bersama kita maju kehadapan. Setelah anda daftar. ataupun anda mempunyai sebarang masalah ataupun mahu bertanyakan sesuatu, anda boleh add saya di Facebook dan pm saya. InsyaAllah saya akan reply secepat mungkin dan akan cuba menjawab permasalahan anda.

Setelah daftar, anda juga perlu pm saya di Facebook untuk saya jelaskan kepada anda cara-cara pembayaran perlu dilakukan. Jumpa anda disana.

Facebook Saya : Adee Onethird

Anda Kaya Dan Berjaya!

Saya BERMINAT! Macam Mana Saya Nak Daftar?!

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum,

Tahniah kerana anda berjaya sampai ke sini! Ini membuktikan anda benar-benar berminat dengan bisnes ini. Untuk mendaftar, anda perlu terus ke website http://www.gdenetwork.com/preview.
Setelah klik, anda akan dibawa ke laman web rasmi GDE Network, sini anda dapat lihat segalanya. Profil anda, Bonus anda, Affiliate anda, ruangan iklan anda, e-wallet anda dan sebagainya. Sekiranya anda lihat di sebelah kanan bawah ruangan website tersebut, anda akan ternampak kotak ini.


Anda akan dapati jumlah akaun ataupun ahli yang berdaftar dengan GDE adalah seramai 5363 ahli. Saya ambil gambar ini pada 12/11/14 jam 11.30 pm. Sekiranya anda mendaftar, anda akan diketegorikan sebagai 'free'. Untuk menjadi VIP dan berpeluang menjaga pendapatan, anda perlulah mengeluarkan sedikit wang saku.

Ya, bisnes ini memerlukan modal seMURAH RM 50. Apa yang anda akan dapat setelah mengaktifkan akaun anda kepada VIP? Modal hanya RM 50 seumur hidup. Tiada cas tersembunyi. Selepas bayaran, anda akan mendapat ruangan iklan di laman web utama GDE Network, Referral Link website atas nama anda sendiri dan Banner Referral supaya promosi anda lebih menarik.

Adakah anda hanya sanggup biarkan wang seMURAH RM 50 memisahkan anda antara 'free' akaun dan VIP akaun. Sedangkan anda sudah tahu potensi yang dapat anda jana jauh lebih dari itu. Dengan wang RM 50, anda dapat belanjakan hanya dalam sekelip mata. Tidak perlu saya ulangai ayat itu, kerana kebenarannya nilai RM 50 masa kini sangatlah sedikit! Apa kata anda gunakan RM 50 ini, untuk memberi anda peluang bagi menjana pendapatan pasif dan dapat mengubah hidup anda.

Sekiranya anda masih berdegil, teruskanlah bersama 2956 orang itu.

Sekiranya anda mahu ikut berjuang bersama saya. Saya akan bantu anda sehabis mahu saya. Bagaimana saya akan bantu anda? Anda ada handphone? Anda boleh whatsapp! saya personally. Dan saya ada matlamat, saya ada cara, saya ada strategi. InsyaAllah kita cuba bersama-sama dalam mencapai kejayaan ini.

Seriously anda mahu mendaftar? Jumpa anda di entri terakhir saya.




Bonus Bonus Bonus! Berapa Bonus Untuk Saya?

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum.

Baik! Jadi saya sudah kongikan kepada anda maklumat syarikat, sistem yang digunakan dan apa itu affiliate dan sistem matrix spillover. Jadi, dalam entri kali ini, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana pula GDE Network berfungsi dalam membawa keuntungan kepada anda  apakah kekuatan yang ada pada GDE Network dan berapakah potensi yang dapat anda jana dengan berbisnes dengan GDE Network!

Sebelum saya mulakan, saya mohon anda kosongkan minda dan kosongkan gelas-gelas anda yang penuh. Saya faham sekiranya anda berfikiran seperti:

Boleh percaya ke?
Betul ke bisnes ni?
Ada orang pernah berjaya ke?
Kebanyakan bisnes ni hanya bohong. Ramai orang sudah terkena.
Ramai kawan join tadi tak berjaya pun.

Saya sama sekali tidak salahkan anda sekiranya anda tidak mahu percaya ataupun berfikiran negatif. Kerana 'Manjadda Wajada, WaManzara'a Hasoda'. Siapa yang berusaha dia akan berjaya, siapa yang tanam padi, dia akan menuainya. Manakala tugas saya hanya berkongsikan kejayaan, ruang dan peluang yang saya dan rakan-rakan jumpa ini kepada anda.

______________________________________________________________________________

Setelah anda mendaftar sebagai ahli, anda boleh menjana pendapatan dengan memperkenalkan rakan baru dalam bisnes ini, ataupun duduk diam tapi income masih masuk kedalam e-wallet anda dengan bersyarat. Iaitu sekiranya upline anda menaja sesiapa dan sistem meletakkan rakan baru yang ditaja itu di bawah anda.

Jangan salahkan penaja anda sekiranya anda tidak dapat  apa-apa habuan ataupun anda jangan juga persoalkan penaja anda kenapa tidak meletakkan rakan baru itu dibawah anda. Ini kerana sistem tersebut menggunakan ciri auto susun atau autoplacement ahli kebawah rangkaian lain jika jumlah rangkaian telah penuh. Seperti yang saya terangkan dalam entri sebelum ini.

Berapa yang akan saya dapat sekiranya saya menaja?

Saya yakin, entri inilah yang anda tunggu-tunggu sebenarnya. Sekiranya anda berjaya menaja, anda akan mendapat habuan yang sangat masyuk. Iaitu sebanyak RM 20! Ini bermakna, setiap ahli yang anda taja, anda akan menjana RM 20 ke akaun e-wallet anda. Cuba anda bayangkan sekiranya anda membuatkan 100 rakan anda terpegun dengan bisnes ini, dan kita anggarkan hanya 10% sahaja yang berciri seorang yang bijak mengambil ruang, tidak melepaskan peluang dan sanggup mengambil risiko seperti anda. RM 20 x 10 = RM 200. Anda telah pun menjana income sebanyak RM 200 tanpa susah payah!

Cuba bayangkan pula sekiranya anda bukanlah seorang yang kuat berusaha dan cepat mengalah. Setelah berkali-kali anda melakukan promosi tetapi hasilnya tetap tiada sambutan. Mungkin terdapat beberapa masalah atau kesilapan pada proses promosi anda dan tiada sesiapa yang berminat dengan tawaran dan peluang yang anda tawarkan ini. Anda tetap berpeluang menjana pendapatan secara pasif tanpa menaja. Tetapi habuannya tidaklah seenak bonus tajaan. Kerana anda buat lebih, anda akan dapat lebih. Sekiranya anda memancing di sawah, anda tidak akan mendapat ikan yang besar seperti rakan-rakan anda yang memancing di laut.

Bonus matrix level bagi seorang hasil daripada ahli baru yang ditaja oleh group matrix lain dan diletakkan dibawah anda, adalah RM 1 sahaja. Tetapi, jangan pula anda pandang lekeh dengan RM 1 hasil dari tiada penajaan ini. Ini saya kongsikan satu testimoni dari seorang ahli yang tidak menaja.


Menaja atau tidak, income masih masyuk!


Amacam? Berminat? 


Apa pula Sistem Matrix Spillover?

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum,

Terima Kasih kerana masih bersama saya. Seterusnya, setelah berkenalan dengan apa itu Affiliate, mari berkenalan dengan Sistem Matrix Spillover pula.

Sebelum saya teruskan, saya mahu berikan PERINGATAN PENTING. Dan saya harap anda semua jelas bahawa GDE Network bukanlah skim pelaburan. Oleh yang demikian tiada apa-apa berapa bonus setiap ahli boleh dapat dalam sesuatu tempoh sama ada menaja atau tidak menaja.

Dan Harap Maklum, Sistem ini juga bukan :
*BUKAN SCAM
*BUKAN PELABURAN
*BUKAN MLM
*BUKAN FOREX
*BUKAN SKIM CEPAT KAYA

Tetapi GDE Network ialah Sistem Affiliate iaitu laman website dengan ID penajaan sendiri. Ahli dapat mempromosikan atau kongsikan link dengan username nya kepada rakan atau target client untuk didaftarkan dibawah rangkaiannya.

Adakah saya hanya boleh mendapat pendapatan hanya dengan manaja? Saya tidak mahu menaja, adakah saya masih boleh melakukan bisnes ini? Boleh, tiada masalah. Kerana GDE Network juga menggunakan Sistem Matrix Spillover. Sistem ini membolehkan client yang menyertai bisnes ini diletakkan dibawah anda tanpa anda perlu menaja! Bagaimana? Sabar. Saya akan terangkan satu demi satu.

Sistem ini akan menghadkan hanya beberapa orang sahaja yang boleh diletakkan dibawah rangkaian anda. Bagi GDE Network, setiap ahli hanya dihadkan seramai 2 orang sahaja untuk diletakkan dibawahnya, iaitu di level 1. Sekiranya telah cukup dua ahli dibawah seorang penaja, ahli ketiga akan diletakkan dibawah salah seorang ahli yang berada di level 1.

Contohnya, saya menaja anda dan seorang rakan anda dan meletakkan anda berdua di bawah rangkaian saya di level 1. Kemudian saya berjaya menaja seorang lagi rakan. Rakan yang ketiga saya akan diletakkan di level 2, maknanya dibawah anda. Jadi anda akan mendapat habuannya walaupun anda tidak menaja. Faham? Ini yang dinamakan spillover, ahli yang ditaja mendapat limpahan bonus dari leader yang menaja. Mudah bukan?

Sistem Matrix Spillover juga mempunyai maksima limitnya, iaitu sehingga level 20.

Spillover juga mudah difahamkan bahawa sistem tersebut menggunakan ciri auto susun atau autoplacement ahli kebawah rangkaian lain jika jumlah rangkaian telah penuh. Seperti yang saya terangkan tadi.


Ini adalah contoh susunan.



Apa itu Affiliate Marketing Networking System

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum,

Waahh! Saya sangat bangga kerana anda masih disini. Kenapa saya pecahkan entri-entri ini? Bukankah lebih mudah sekiranya saya hanya terangkan segalanya dalam satu entri sahaja. Sedangkan saya hanya kongsikan perkara yang akarnya sama dalam setiap entri. Maafkan saya. Cuma saya lebih suka dan selesa mengarang begini. Cara ini membuatkan saya lebih rilek dan tidak gelojoh untuk kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat. Bukankah sekiranya kita gelojoh atau melakukan sesuatu dengan kalut dan serabut, hasilnya tidak akan tersusun dan lengkap. Dan mungkin akan ada beberapa yang saya akan terlupa untuk catatkan nanti.

Baik, seterusnya. Setelah kita sebut-sebutkan tentang Affilitate Marketing Networking System atau ringkasnya hanya digunakan sebagai sistem affiliate, pasti anda pernah dengar dan tahu tentang term ini. Sekiranya anda pernah join ataupun menjalankan survey dan kajian tentang pasif income, cara jana pendapatan di internet sudah pasti perkataan ini tidak asing lagi bagi anda.

Bagi yang tidak tahu, tidak mengapa saya akan ceritakan secara ringkas. Sistem Affiliate ini adalah, anda mempromosikan produk orang lain dan anda akan mendapat komisen dari setiap jualan yang telah anda lakukan. Anda boleh mendapatkan produk affiliate ini di laman web Clickbank. Antara komisen terbanyak yang anda boleh perolehi adalah sebanyak 75% daripada jualan. Sekiranya sesuatu produk itu anda berjaya jual dengan harga RM100, RM75 akan menjadi milik anda. Begitulah hebatnya sistem affiliate yang berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan internet yang bergelar jutawan. Adakah kita sudah terlambat? Tidak sama sekali.

Tetapi, adakah ini yang saya mahu kongsikan kepada anda? Tidak. Saya mahu kongsikan kepada anda tentang bisnes bersama GDE Network. Bisnes ini menggunakan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Matrix Spillover. Apa pula sistem ini? Kita rehat dulu. Jumpa anda di entri yang seterusnya.

Syarikat dan Informasi Awal

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum,

Jadi anda adalah orang yang benar-benar yakin mahu lakukan bisnes ini bersama saya?

Baik, saya akan ceritakan kepada anda 100% apa yang saya tahu, marketing yang saya buat untuk jayakan bisnes ini dan semuanya sekali dalam entri ini dan seterusnya.

Bisnes yang diuar-uarkan ini adalah bisnes GDE Network! Anda pernah dengar bisnes ini? Sekiranya pernah adakah anda sudah berjaya dengan bisnes ini? Sekiranya sudah Alhamdulillah. Tidak mustahil anda sudah pun dengar dan tahu tentang bisnes ini kerana tidak dikhuatir lagi bahawa bisnes ini sudah pun hangat diperkatakan di pasaran Malaysia. Tetapi buat pengetahuan anda, anda masih belum terlambat.

Sedikit latar belakang tentang syarikat yang menjalankan bisnes ini.


Ini adalah bukti bahawa syarikat yang diperkatakan adalah berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekitanya anda mahu lebih yakin, sila semak sendiri di laman web SSM.

Syarikat ini berdaftar menggunakan nama

GEMERLAPAN RSR ENTERPRISE 
bernombor pendaftaran SSM 002270694-A.

Apakah yang syarikat ini jual?

Syarikat ini tidak menjual apa-apa produk fizikal mahupun ebook. Syarikat ini menjalankan bisnes portal pengiklanan secara online. Dan sekiranya anda melanggan portal pengiklanan yang ditawarkan oleh syarikat ini, secara tidak langsung anda akan diberi peluang dan ruang untuk menjalankan bisnes secara pasif dengan konsep Affiliate Marketing Networking System.

Setelah anda mendaftar, anda akan mendapat ruangan iklan secara unlimited. Maksudnya anda dapat beriklan sebanyak mana yang anda mahu. Ruang iklan anda akan dipamerkan di ruang utama laman web GDE Network.




Ini adalah contoh ruangan iklan yang anda akan dapat setelah mendaftar.


Mahu teruskan? Jumpa anda di entri seterusnya.

Jom Buat Pendapatan Pasif !

BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum,
Sekiranya anda berada disini, saya sudah pasti anda adalah salah seorang yang sedang mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan secara pasif. Dan sudah pasti anda berada di tempat yang tepat!

Kerana?

Kerana di sini saya akan kongsikan salah satu sistem penjanaan pendapatan secara pasif yang berjaya mengubah hidup ramai insan seperti anda.

Siapa sebenarnya yang kami cari?

ANDA seorang yang bekerja secara makan gaji? ANDA seorang suri rumah? ANDA seorang blogger? Usahawan Internet? Usahawan Facebook? ANDA seorang PELAJAR?

Sistem ini sesuai untuk anda! dan ANDA lah yang kami cari!

Saya seorang yang sibuk! Saya seorang pelajar, Saya juga seorang usahawan Facebook. Anda boleh lawat page saya disini. Tetapi saya diberi peluang untuk mengenali sistem bi
snes ini yang secara tidak langsung dapat menjana pendapat yang lebih. Dan bisnes ini langsung tidak membebankan saya dalam melakukan marketing untuk page Facebook kerana  bisnes ini menggunakan Affiliate Marketing Networking System.

Tidak mengapa, saya akan jelaskan sekiranya anda benar-benar ingin tahu pada entri seterusnya.

Kenapa kita perlu karang panjang-panjang kepada mereka yang tidak mahu. Dan ANDA yang tidak mahu juga tidak perlu meneruskan pembacaan kerana hanya akan membazirkan masa anda sahaja. 
:P :P :P :P :P